Usul Isyrin (4)Sihir, Jampi Wajib diperangi


ASAS KEEMPAT
Jampi, mentera, mengaku mengetahui perkara ghaib dan seumpamanya
adalah kemungkaran yang wajib diperangi, kecuali jampi-jampi dari ayat Al-
Quran atau jampi-jampi yang diterima dari Rasulullah (s.a.w)
Penjelasan:
Muslim adalah dituntut melakukan sebab-sebab yang telah dijanjikan
Allah untuk mencapai sesuatu natijah, umpamanya: Makan adalah menjadi
sebab hilangnya lapar dan untuk menyambung hidup, minum adalah menjadi
sebab kepada hilangnya kehausan dan bekerja menjadi sebab untuk
menghasilkan pendapatan dan kekayaan dan begitulah seterusnya.
Di samping sebab-sebab yang bersifat kebendaan ini terdapat juga sebabsebab
maknawi yang boleh menghasilkan natijah, seperti doa. Boleh jadi
penyakit seseorang itu sembuh kerana doanya begitu juga orang yang sesat
mendapat petunjuk kerana doanya, demikianlah seterusnya, kerana semua
perkara adalah di tangan Allah. Beliaulah yang menjadikan doa dan permintaan
manusia kepadaNya sebagai sebab untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatkan
setelah orang yang berdoa memenuhkan syarat-syarat yang menyebabkan
doanya tidak disia-siakan. Termasuk dalam sebab-sebab maknawi ini jampi dan
doa yang dilakukan oleh Muslim sewaktu beliau ditimpa kesempitan atau sakit,
atau beiau dijampi dan didoakan oleh orang lain sebagaimana yang tersebut
dalam hadith-hadith seperti:
بسمالله أرقيك،والله يشفيك من آل داءيؤذيك من شرالنفاثات فى
العد،ومن شرحاسدأذاحسدٌ
“Dengan nama Allah saya menjampimu, dan Allah menyembuhkanmu dari segala
penyakit yang menyakitimu, dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang
menghembus pada bulu-bulu dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”.
Jampi-jampi dan doa seperti ini harus di segi syariat kerana telah berlaku
dalam sunnah yang suci, tetapi jampi-jampi yang lain termasuklah tukangtukang
nujum, dakwaan mengetahui perkara-perkara yang ghaib, menulis
kalimah-kalimah yang tidak difahami, menjadikan batu-batu atau tulang-tulang
sebagai tangkal adalah termasuk dalam perkara mungkar yang wajib ditolak dan
tidak harus diterima.
Mungkin orang bertanya: “Kenapakah di sini kita mengingkari dakwaan
mengetahui perkara-perkara ghaib sedangkan pada asas ketiga, asas yang
mengatakan bahawa sebahagian dari kesan iman yang benar ialah kassyaf dan
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana
termasuk dalam kassyaf ini ialah mengetahui sebahagian dari perkara-perkara
ghaib?” Untuk menjawab soalan ini kita katakan: bahawa kassyaf ini berlaku
kepada orang-orang yang beriman tanpa dimintanya dan beliau tidak berhak
memintanya. Beliau juga tidak berkuasa mengetahui perkara-perkara ghaib itu
menurut masa dan keadaan yang dikehendakinya dan beliau tidaklah memilik
suatu kuasa pancaindera yang tertentu untuk kassyaf, cuma kassyaf itu
dilakukan Allah padanya lantas perkara-perkara batin dan yang tersembunyi itu
terbuka kepadanya. Kassyaf yang sedemikian ini berbeza dengan dakwaan
mengetahui perkara ghaib, kerana mereka yang mendakwa mengetahui perkara
ghaib mendakwakan bahawa mereka berkuasa melihat perkara-perkara ghaib
itu bila-bila masa sahaja menurut kehendaknya, sebagaimana beliau berkuasa
melihat benda-benda yang wujud di depan mata bila-bila masa beliau
kehendaki. Dakwaan seperti ini ditegah dalam syariat.

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

أحدث أقدم