Usul Isyrin (2)Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk mengetahui hukum-hukum Islam


ASAS KEDUA:
Bagi seorang Muslim, Al-Quran dan hadis adalah menjadi sumber untuk
mengetahui hukum-hukum Islam. Al-Quran difahami menurut kaedah-kaedah
bahasa Arab, dengan tidak memberat dan meringankan. Hadis pula difahami
melalui periwayat-periwayat hadis yang dipercayai.
2.1 Keterangan
Tidak berlaku perselisihan pendapat di kalangan Muslimin bahawa Al-
Quran adalah merupakan sumber pertama bagi hukum dan hujah bagi ummat
Islam. Mereka juga sependapat mengatakan bahawa sunnah nabawiah adalah
merupakan penyempurna dan pentafsir kepada sesuatu yang umum dalam Al-
Quran. Sunnah nabawiah juga wajib diikuti sebagaimana Al-Quran. Al-Quran
dan sunnah adalah wahyu dari Allah, tetapi lafaz dan makna Al-Quran
diwahyukan Allah kepada Rasulullah (s.a.w) sedangkan lafaz sunnah daripada
Rasulullah (s.a.w) manakala maknanya adalah dari Allah s.w.t. Inilah yang
membezakan antara Al-Quran dan sunnah.
Oleh kerana Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, mereka yang ingin
mengetahui hukum-hukum melalui nas Al-Quran haruslah mengetahui kaedahkaedah
bahasa Arab dan gaya bahasanya dalam menerangkan sesuatu. Selain
dari itu mereka harus juga mengetahui beberapa perkara lain seperti mengetahui
ayat-ayat yang memansukhkan dan ayat-ayat yang dimansukhkan, mengetahui
sebab-sebab turun ayat dan hikmat tasyrik; dan juga mengetahui perkaraperkara
lain yang bersangkutan dengan apa yang dinamakan ulum AlQuran.
Mereka juga harus mengetahui hukum-hukum yang disebutkan dalam sunnah
nabawiah agar mereka dapat memahami maksud dan tujuan nas Al-Quran.
Oleh kerana kemampuan seseorang tidak sama dalam menguasai semua ilmu
yang diperlukan untuk memahami Al-Quran, maka seseorang Muslim hanyalah
dapat memahami Al-Quran sekadar ilmu yang ada padanya. Beliau haruslah
bertanya kepada orang yang mengetahui tentang perkara-perkara yang tidak
dapat difahaminya dan Al-Quran.
Sunnah nabawiah pula dapat difahami dengan mengetahui sanad dan
matan hadith. Yang dimaksudkan mengetahui sanad ialah mengenal periwayat
hadith, dengan tujuan mengetahui sejauh mana siqah (dipercayai) riwayatnya
agar dapat diketahui sahih atau tidaknya hadith yang diriwayatkan. Untuk
mengenal hadith yang sahih hari ini cukuplah dengan mengetahui hadith-hadith
yang dianggap sahih oleh ulamak-ulamak hadith yang berkemampuan dalam
ilmu hadith. Ulamak-ulamak Islam telah mengumpulkan hadith-hadith yang
sahih dalam kitab-kitab yang tertentu, demikian juga hadith-hadith yang dusta
dan daif telah diterangkan oleh sebahagian ulamak yang lain. Bila seorang
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana 21
Muslim telah mengetahui hadith-hadith yang sahih atau dhaif melalui
penelitiannya dalam kitab-kitab hadith, sebagaimana yang telah diputuskan oleh
ulamak-ulamak, beliau akan dapat mengetahui hadith-hadith yang dipercayai
dan boleh diamalkan dan dibuat hujah. Kitab-kitab yang mengandungi hadithhadith
yang sahih ialah: Kitab Sahih Bukhari dan Muslim, Sunan Abi Daud dan
Tarmizi, Sunan Nasa’i dan Ibni Majah. Kitab sahih Al-Bukhari adalah kitab yang
paling tinggi kedudukannya di antara kitab-kitab tersebut. Ahli-ahli ilmu telah
bersepakat mengatakan bahawa sahih Al-Bukhari menduduki tempat yang
pertama dari sudut sahihnya setelah Al-Quran. Tempat kedua dari sudut ini
ialah kitab-kitab sahih Muslim, manakala tempat yang seterusnya ialah kitabkitab
yang empat yang telah disebutkan. Atas dasar in semua hadith-hadith
yang tersebut dalam kitab-kitab sahih Bukhari dan Muslim adalah hadith-hadith
yang sahih dan periwayat kedua-dua kitab ini adalah mauthuq (dipercayai).
Memadailah bagi seorang Muslim mengamalkan hadith-hadith yang terkandung
dalam kedua-dua buah kitab tersebut dan beliau bolehlah berpuas hati.
Yang dimaksudkan dengan mengetahui matan hadith pula ialah
mengetahui makna hadith dan hukum-hukum yang terkandung di dalamnya.
Sekiranya seorang Muslim itu tidak tergolong dalam lingkungan ulamak-ulamak
hadith, maka soal untuk memahami makna hadith dan mengetahui hukumhukum
yang terkandung di dalamnya mestilah dirujuk kepada ahli-ahli dan
ulamak hadith. Kitab yang menitikberatkan fiqhul hadith ialah kitab-kitab:
Nailul-Autar oleh Syaukani, Subulus-Salam oleh Sanaani dan Umdatul-Ahkam
oleh Ibni Daqiqil-aid.

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

أحدث أقدم