20 Prinsip Imam Hasan Al-banna(UshulIsyrin)

Usul Isyrin yang ditulis oleh Ustaz Hasan Al-Bana ini adalah dianggap di
antara tulisannya yang penting, kerana Usul Isyrin ini mengandungi beberapa
perkara yang wajib dipercayai dan diketahui oleh tiap-tiap orang Muslim dan
wajib diikuti dalam tindak-tanduknya; hubungannya dengan khaliqnya dan
hubungannya sesama manusia. Jadi kita kumpulkan beberapa huraian ringkas
oleh As-Syahid Hasan Al-Banna yang dapat difahami seperti mana yang
diterangkan oleh Al-Mursyid itu sendiri.
Dalam Usul Isyrin ini, ia menerangkan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya berlaku perselisihan pendapat (pertikaian), terutama dalam hal-hal
yang berkenaan aqidah. Ia mesti difahami sebagaimana yang terdapat di dalam
Al-Quran dan Sunnah An-Nabawiyah. Semoga dengan penerangan ini setiap
orang Muslim yang mengikuti syarahan ini akan memahami Islam sebagaimana
ianya patut difahami tanpa menokok tambah ataupun mengurangkan sedikit
pun dari apa yang telah diturunkan oleh Allah dan disampaikan oleh RasulNya
s.a.w.
Demikian juga dalam Usul Isyrin ini Hassan Al-Banna, Al-Mursyid
Rahimahullah, menerangkan bahawa di dalam Islam ini terdapat hal-hal yang
dibenarkan berbeza pendapat di samping perkara-perkara yang tidak boleh
berbeza pendapat tadi. Semoga dengan ini setiap orang Muslim itu mengetahui
di mana tempat-tempat yang ia boleh berbeza dan tidak merasa ganjil bila
berhadapan dengan perbezaan pendapat seperti itu.
Al-Mursyidul Am dalam penyusunan kitab-kitabnya adalah benar dan
menepati sebagaimana yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun
demikian kita mesti ingat bahawa tidak ada orang yang maksum melainkan
Rasul-rasulnya (a.s.).
Kita berpesan kepada ahli-ahli Ikhwan agar membaca dan mengulangngulang
buku ini sehingga ia bersebati dengan mereka. Kemudian apa-apa yang
telah diketahui dan difahami daripada ajaran-ajaran Islam tersebut hendaklah
diamalkan. Amalan itu pula hendaklah amalan yang membentuk jiwa dan
membina peribadi dalam suasana Islam; kerana beramal dalam pembentukan
peribadi adalah cara yang dapat membentuk jiwa. Inilah jalan yang dilalui oleh
para sahabat Rasulullah yang mulia di mana mereka beramal dengan apa yang
diketahui. Semoga Allah swt. memberikan hidayahNya, meredhai dan
memberikan pertolonganNya kepada semua ahli-ahli Ikhwanul Muslimin
sehingga mereka teguh berkhidmat untuk agamaNya, dan semoga Allah
mencucuri rahmatNya kepada Al-Mursyid dengan petunjuk dan kebaikan dan
cintakan pengorbanan dan jihad.
As-Syahid Hasan Al-Bana >>Download
Dan Kumpulan Dowload Buku buku Dakwah

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

أحدث أقدم