picture

Penyelewengan Di Atas Jalan Yang Kita Peringatkan

Jalan dakwah adalah yang terang petunjuk-petunjuknya, lurus tujuannya, tetapi orang yang berjalan di atasnya sentiasa terdedah kepada penyelewengan yang boleh menjauhkan dia dari perjalanan yang betul. Ini berlaku kerana dia telah menyeleweng atau menyimpang dari jalannya ataupun dia merubah niatnya itu. Jika tidak, pasti dia akan pulang ke pangkal jalan. Penyelewengan
ini selalu terjadi kerana dia terlalu ghairah dan bersemangat. Terutama tatkala kita menyangka
bahawa orang yang berminat untuk bekerja di bidang dakwah Islam pada hari ini adalah orangorang
yang benar, bersungguh-sungguh dan ikhlas. Sebenarnya mereka hanyalah bersimpati dan
terpengaruh dengan apa yang mereka dengar dan saksikan tentang berbagai-bagai penindasan,
gangguan, seksaan dan pembunuhan ke atas para pembawa bendera dakwah Islam sebelum
meraka.
Dari sinilah kita mesti segera menyabarkan para pemuda muslimin yang merupakan
buinga-bunga yang sedang mekar dari tengah-tengah gelanggang penglibatan dan pelaksanaan
supaya mereka tidak tergelincir dan tidak menyeleweng kerana tidak mempunyai pengetahuan dan
penerangan yang cukup. Ini perlu supaya jejak langkah mereka tidak tergelincir setelah tetap dan
mantap pendiriannya, supaya mereka sempat memperbaiki urusan mereka sebelum memperbaiki
urusan musuh. Di sini kita perlu berjaga-jaga dan memelihara dari berbagai-bagai bentuk
penyelewengan kerana menjaga dan memelihara kesihatan lebih baik daripada mengubati dan
benarlah firman Allah:
"Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus maka ikutilah dia, dan
janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain) kerana jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". (Al-An'aam: 153)
Firman Allah:
"Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak kamu kepada Allah dengan hujjah
yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf:108)
5.1 Faktor-faktor Yang Membawa Ke Arah Penyelewengan
Sebelum kita menyentuh tempat-tempat berlakunya kegelinciran dan penyelewengan dalam
memberi penerangan dan penjagaan, lebih dahulu marilah kita teliti dahulu suasana dan situasi
semasa dan faktor-faktor yang membawa kepada penyelewengan. Kekosongan jiwa_agama, di mana
para pemuda dibiarkan hanyut pada tahun-tahun yang lampau, kedangkalan pelajaran agama, tidak
ada tarbiah agama, berkembang merebaknya banjir kerosakan akhlak dan ibahiyah (mengharuskan
segala perkara), berleluasanya keraguan dan syak wasangka di dalam akidah, di samping itu hilang
ghaibnya kanun dan undang-undang di dalam strategi jamaah yang bertanggungjawab mengatur
dan mengorganisasi para pendokong dakwah kepada Allah. Tambahan pula dakwah dan para
pendokongnya dipenjara, ditindas dan diganggu. Semuanya itu membangkitkan tindakbalas,
cabaran-cabaran lantas menyalakan semangat orang-orang yang mempunyai ghairah ke atas Islam
terutamanya di kalangan pemuda Islam dan ini adalah merupakan perkara tabii yang tidak dapat
disangkal. Arus kesedaran seperti ini mesti diikat dan ditahan dengan ikatan yang bertujuan
memeliharanya dari tergelincir dan terpesong supaya kelak tidak terdedah kepada berbagai
tindakan dan pengalaman yang sia-sia dan menghasilkan akibat yang tidak disenangi.
5.2 Kita Tidak Menuduh Niat Mereka
Dalam kita menyatakan tentang penyelewengan-penyelewengan yang jauh dari jalan
dakwah yang sebenar. Kita hanya bertujuan memberi nasihat dan tunjuk ajar dengan semata-mata
mengharap keredhaan Allah. Tidak pernah terlintas di fikiran kita untuk menuduh dan meragui niat
mereka, ataupun mengganggu seseorang ataupun hendak membuat jahat kepada seorang muslim.
5.3 Ilmu dan Penyelewengan
Tempat tergelincir yang paling merbahaya ialah fitnah ilmu. Kadangkala orang yang melalui
jalan dakwah yang mencari ilmu dasar ma'rifah akan mendapat sedikit sebanyak ilmu kemudiannya
ia akan merasakan satu perubahan yang besar dalam drinya, setelah merasai hidup dalam
kekosongan dan kesesatan. Dia kagum dan silau matanya dengan sinaran ilmu dan makrifah yang
diperolehinya dari hasil kajiannya dan dalam kitab-kitab dan buku dakwah Islam. Dia yakin pula
bahawa ilmu yang diperolehinya itu telah banyak lantas menyangka dia telah mempunyai
kemampuan untuk beristinbat dan mengeluarkan hukum dari ilmu yang telah diketahuinya dari
nas-nas, dalil-dalil Al-Quran dan Sunnah Rasullah s.a.w. Kadangkala pula dia berpegang teguh
sebab lahiriah satu-satu dalil dan tidak mahu menerima hujah orang lain. Ketika lain pula dia
mudah terpedaya lantas menganggap dirinya telah sampai kepada darjah mujtahid lantas dengan
beraninya mengeluarkan fatwa-fatwa hukum syara' di dalam beberapa perkara yang dikemukakan
kepadanya. Benarlah ada orang yang berkata:
"Orang yang paling berani mengeluarkan fatwa ialah orang yang paling kurang ilmunya".
Lebih merbahaya dari itu dia berani pula merendah-rendahkan darjah imam-imam
mujtahidin yang silam jika didapati pandangannya bertentangan dengan pandangan mereka mereka
atau sekurang-kurangnya dia berkata: "Mereka itu lelaki dan kita pun lelaki juga".
Satu lagi tempat tergelincir ilmu iaitu apabila orang yang berjalan di atas jalan dakwah telah
dikuasai oleh kelazatan dan keenakan ma'rifah nabi, dimabukkan oleh pembacaan dan mutala'ah
semata-mata, sehinggalah jihadnya tertumpu di dalam bidang itu sahaja tanpa melibatkan dirinya
lagi di dalam jihad dan amal yang lain yang dituntut oleh agama. Akhirnya hatinya menjadi terlalu
seronok dan kyusuk dalam membaca berbagai kitab dan berlumba-lumba membaca berbagai
majalah yang dipenuhi makalah ilmiah semata-mata. Ini membuatkan dia leka dari memberi
perhatian ke arah menyuburkan iman, memperkuat jihad dan latihan dakwah Islam. Ini adalah
membaliksongsangkan segala pertimbangan dan menyalah-gunakan segala pertimbangan dan
menyalah-gunakan pengertian yang menyokong usaha tolong menolong yang membawa hasil.
Cara untuk memelihara diri dari yang demikian ialah dengan cara menuntut ilmu yang
berguna tanpa mudah terpedaya dan tidak melewati batas, dan selalulah merasa yakin bahawa apa
yang telah kita ketahui adalah lebih baik dari apa yang belum kita ketahui. Barangsiapa yang
mengaku bahawa dia telah mengetahui maka dia telah menjadi jahil. Kemudian kita cantum ilmu
dengan amal. Janganlah kita terlalu berani mengeluarkan fatwa. Kita mestilah sentiasa berlapang
dada tanpa menutup diri dan membekukannya dengan kefahaman yang terbatas. Kita mestilah
meletakkan manusia dan menilai mereka menurut darjah dan kedudukan mereka. Semoga Allah
memberi rahmat kepada seseorang yang mengenali kadar dirinya.
5.4 Di Antara Furu'iah (Cabang) dan Usul
Satu lagi penyelewengan yang berlaku ke atas orang yang berjalan di atas jalan dakwah
ialah lebih mementingkan bentuk lahir daripada isi dan batin, atau sibuk mengurus lahir sebelum
mengurus isi dan batin. Ini adalah salah dan bahaya pada waktu ini. Pada hal sepatutnya sebelum
kita menyuruh orang yang kita seru dengan perkara-perkara furu'iah kita mestilah terlebih dahulu
bersama mereka mengukuhkan dan menegakkan perkara-perkara usul atau dasar akidah Islam
dalam diri kita. Ini nantinya akan mendorong kita untuk menyerah diri mengikuti perintah Allah
lantas bengun melaksanakan segala ajaran Islam. Mulai dari kuliah hinggalah kepada juz'iah. Kita
akan dengan rela hati menerima baik segala ajaran Islam dari yang sebesar-besarnya hingga kepada
yang sekecil-kecilnya sebagai ibadat kita kepada Allah. Tetapi kalau kita jadikan perkara furu'iah
(cabang-cabang) sebagai asas yang kita mesti iltizam dengannya sebagai asasi sedangkan kita baru
mulai berjalan di atas jalan dakwah, maka da'i yang sedemikian rupa menjadikan mereka yang kita
seru menjauhkan diri dari dakwah kita dan secara langsung kita menghalang mereka dari berjalan di
atas jalan dakwah bersama kita. Akhirnya secara tidak disedari kita dapati diri kita terasing
disebabkan oleh uslub dan cara yang salah. Kita mestilah mampu membezakan di antara
mengiltizamkan diri dan mengiltizamkan orang lain dari diri kita. Kita telah pun maklum pada diri
kita bahawa akidah Islam itu bermula dengan menegakkan akidah; iman dan tauhid di dalam jiwa
dan iman itulah yang mendorong para da'i untuk menyerahkan diri pada Allah mengikut perintah
Allah tanpa ragu dan bimbang. Oleh kerana kita tidak boleh menyeleweng dari manhaj dan cara
yang bijaksana ini.
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan nikmat dan nasihat yang baik". (AnNahl:125)
5.5 Antara Berkeras-keras dan Bersusah-payah
Kadang-kadang orang yang berjalan di atas jalan dakwah terlepas dari penyelewengan yang
lain yang tidak kurang bahayanya. Dia terlalu berkeras sangat, bersusah-susah sangat lalu
membebankan dirinya dengan melakukan tugas-tugas ketaatan dan ibadat yang di luar
kemampuannya dengan keyakinan bahawa perlakuan yang demukian untuk melatih diri dalam
rangka memudahkannya untuk mengikut manhaj Ilahi. Akhimya ia tidak mampu meneruskan
perjalannya lalu tercicir di tengah jalan hingga sanggup mencuai-cuaikan perkara-perkara yang
fardhu dan asasi hinggalah kepada perkara-perkara sunat dan nawafil. Rasulullah telah
mengarahkan Mta supaya mengelakkan diri dari cara yang demikian. Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu jemu".
Di sini kita wajib membezakan di antara tindakan yang tegas penuh kesungguhan dengan
berpayah-payah serta membebankan diri di luar kemampuan. Sesungguhnya nafsu itu adalah ibarat
anak kecil, apabila dia dicuaikan akan terus mencintai penyusuan tetapi apabila dipisahkan
daripadanya ia akan berhenti menyusu kepada ibunya. Jadi tidak boleh tidak mestilah nafsu itu
ditundukkan dan dikendalikan di dalam batas-batas kemampuan kerana Allah Taala telah berfirman
sebagai ajaran untuk kita:
"Ya Tuhan kami janganlah Jingkau membebankan kami sesuatu bebanan yang tidak sanggicp kami
memikulnya". (Al-Baqarah: 286)
Jalan dakwah itu adalah panjang dan sukar jadi para pendokong dakwah yang ingin maju
meneruskan dakwah janganlah membebankan dirinya dengan bebanan yang dia sendiri tidak
mampu memikulnya. Kerana amal yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dari amal yang
banyak tetapi terputus dan terhenti di tengah jalan. Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap
melampau dan cuai, kerana bebanan kita banyak, sementara itu pula dakwah memerlukan para
pendokongnya yang mempunyai cita-cita yang tinggi, kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas,
tangkas dan unggul.
5.6 Di Antara Sikap Terburu-buru dan Longgar
Adakalanya orang yang berjalan di atas jalan ini terlalu optimis. Apabila ia tidak melihat
sebarang tanda-tanda kemenangan sedangkan pada hematnya ia telah mengalami berbagai-bagai
kepayahan dan ujian disepanjang jalannya, dan ia telah memberi pengorbanan yang semaksimanya.
Dia mungkin terdorong oleh semangatnya yang berapi-api dan penuh ghairah untuk menggunakan
kekuatan senjata sebagai cara untuk mempercepatkan perjalanan. Lidahnya seolah-olah berkata:
"Walaupun aku yang datang kemudian, aku mestilah mampu membuat sesuatu yang tidak dapat
dibuat oleh orang-orang dahulu".
Dengan demikian, dia dan orang-orang yang bersetuju dengannya membuat sesuatu di luar
perencanaan yang rapi, yang di dorong oleh semangat yang berapi-api dan membabi-buta. Akhirnya
bukan sahaja tidak sampai kepada matlamat yang dicita-citakan bahkan merosakkan dan
membahayakan harakah Islam. Wajib difahami secara mendalam bahawa kekuatan yang pertama
ialah kekuatan akidah dan keteguhan iman dan diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan
perpaduan. Akhir sekali barulah kekuatan tangan dan senjata. Itu pun jika sudah tidak mempunyai
jalan dan pilihan lain. Oleh kerana itu marilah kita sama-sama rujuk kembali dan cuba memahami
maksud kata-kata indah dan halus oleh Imam Hassan Al-Banna di dalam tulisannya di dalam
"RISALAH MUKTAMAR KELIMA" di bawah tajuk "Al-Ikhwan: Kekuatan Serta Pemberontakan".
5.7 Di Antara Politik dan Tarbiah
Di sana ada lagi satu penyelewengan yang boleh menjauhkan kita dari jalan yang sihat iaitu
kita memandang ringan terhadap proses tarbiah, pembentukan dan perlunya beriltizam dengan
ajaran Islam dalam membentuk dasar dan asas yang teguh. Lantas kita seolah-olah melatah lalu
menggunakan cara dan uslub politik menurut sikap dan telatah parti-parti politik. Kita akan mudah
terpedaya dengan kuantiti anggota yang kita ambil yang dianggap menguntungkan tanpa
mewujudkan iltizam tarbiah. Ini adalah satu jalan dan cara yang sangat merbahaya yang tidak
dipercayai akibatnya. Ini mungkin menyediakan anasir yang kukuh yang mampu memikul hasil
kemenangan, kekukuhan dan kekuasaan untuk Islam.
Sebenarnya kita tidak kekurangan kuantiti, tetapi kita kekurangan kualiti. Kita kekurangan
bentuk dan contoh Islan yang kuat imannya yang membulatkan dirinya untuk dakwah, rela
berkorban pada jalan dakwah dan jihad fi-sabilillah dan yang sentiasa istiqamah hinggalah bertemu
Tuhannya. Oleh kerana itu marilah kita beriltizam dengan tarbiah dan janganlah kita redha
menukarkannya dengan cara yang lain.
5.8 Di Antara Dakwah dan Manusia
Kita adalah manusia yang kadangkala benar dan kadangkala salah dan kadangkala kita
berbeza pendapat. Ini merupakan perkara biasa bagi sesiapa yang bekerja dan berusaha di dalam
sesuatu bidang. Tetapi, di bawah naungan cinta, kasih sayang dan persaudaraan kerana Allah, dan
dorongan ikhlas dan tajarrud (membulatkan diri kerana Allah), segala kesalahan boleh
diperbetulkan, perbezaan pendapat boleh diperbaiki, penerangan boleh dibentangkan,
dipertimbangkan dan dirumuskan serta diselaraskan. Hal ini melahirkan tolong-menolong dan
bahu-membahu di antara kita semua. Perbezaan pendapat di dalam sesuatu perkara tidak
merbahaya selagi ditauti oleh rasa cinta dan kasih sayang. Tetapi jika ditonjolkan oleh orang-orang
yang tertentu yang mempunyai kepentingan lalu dikobarkan di dalam suasana marah kerana
membela diri ditambah lagi rasa bangga di dalam melakukan dosa dan mengampu orang-orang
yang tertentu yang boleh merugikan dakwah. Maka di sinilah syaitan masuk campur dan akan
melahirkan perpecahan. Akhirnya segala usaha menjadi hancur berantakan, waktu dihabiskan
dalam perbalahan kemudian berusaha pula membuat perdamaian. Jika perkara seperti ini terus
terjadi dan berulang maka dakwah dan kepentingannya akan terkorban di dalam suasana yang
sedemikian. Pada hal sewajarnyalah segala usaha yang membina perlu ditumpukan kepada generasi
yang sedang tumbuh dan mekar dalam mendidik dan mempersiapkan mereka dengan sebaikbaiknya.
Inilah sebahagian dari penyelewengan dan ketergelinciran di sepanjang jalan dakwah.
Marilah kita sedari dan pelihara diri kita daripadanya. Kita sentiasalah tanpa henti meminta
pertolongan kepada Allah Taala supaya dia membawa kita, memimpin kita melalui jalan yang benar
dan menunjuki kita jalan lurus kerana sesungguhnya Dia Maha Kuasa membuat apa yang
dikehendakinya

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

أحدث أقدم