Saya telah menerangkan bahawa marhalah dakwah ini ada tiga: Pertama, Pengenalan; kedua: Pembentukan; ketiga, Pelaksanaan. Ketiga-tiga marhalah ini mempunyai tanda-tanda dan petunjuk-petunjuk yang penuh dengan sinar pengalaman dan penglibatan supaya kita dapat mengambil pengajaran dan memperolehi faedah dari pengalaman dan pengetahuan, supaya para
duat, para pendokong dakwah berjalan di atas dakwah dengan pandangan yang terang, jauh dari
keterlanjuran dan penyelewengan.
3.1 Ta'rif atau Pengenalan Dakwah
Sesungguhnya marhalah at-ta'rif atau peringkat pengenalan ini merupakan langkah awal
atau titik tolak pertama di jalan dakwah. Kesahihan, kebenaran dan kesejahteraan peringkatperingkat
ini mempengaruhi peringkat yang kedua dan ketiga di dalam kesahihan dan
keselamatannya. Kita akan menyentuh sebahagian dari perkara yang berhubung dengan dakwah
dan beberapa perkara yang berkaitan dengan pendokong dakwah mengenai uslub dan caranya.
3.2 Dakwah dan Kemurniannya
Saya telah menyatakan bagaimana pentingnya kemurniannya dakwah dari sebarang
campuran dan saduran dalam kita menyampaikannya kepada manusia. Musuh-musuh Islam di
sepanjang sejarahnya telah berusaha terus-menerus menyeludupkan berbagai-bagai ajaran dan
fikrah sesat ke dalam Islam dengan tujuan menyesat dan memesongkannya dari mutiaranya serta
mencabut jiwa dan semangatnya. Oleh kerana itu untuk memahami Islam dengan kefahaman yang
murni, kita hendaklah kembali kepada Al-Quran yang sentiasa dipelihara oleh Allah, kembali
semula kepada Sunnah Rasulullah yang telah dikumpul dan disaring oleh imam-imam yang mulia.
Imam-imam itu telah mendapat taufik dan kemudahan dari Allah untuk berkhidmat sungguhsungguh
di dalam bidang ini hingga mereka berjaya menjernihkan Sunnah Rasulullah s.a.w. dari
segala penyeludupan dan segala yang asing daripadanya. Kita mestilah kembali semula mengikut
kefahaman yang benar dan sejahtera seperti kefahaman salafussoleh di zaman Rasulullah s.a.w. dan
khulafa' ar-rasyidin r.a. Kita telah mengakui bahawa Imam Hassan Al-Banna telah memberi
perhatian yang berat dan utama tatkala beliau menetapkan kefahaman itu sebagai rukun pertama
dari Rukun Bai'ah dan meletakkan usul dua puluh (Usul Isyrin) untuk fikrah ini sebagai garis umum
yang lengkap seperti yang tertulis di dalam risalah Al-Ta'lim.
Kita telah menerangkan bahawa Ikhwanul Muslimin dan mursyidul am mereka, Imam
Hassan Al-Hudhaibi rahimahullah telah memelihara fikrah yang sejahtera dan sihat ini terhadap
Islam dan memelihara dasarnya dari sebarang perubahan, penyelewengan dan pertukaran walau
bagaimana hebat sekalipun tekanan dari pihak pelampau yang cuai terutama yang berkaitan dengan
perkara kafir-mengkafir. Beliau telah berdiri tegak dan teguh dengan segala ketangkasan dan penuh
kepastian berhadapan dengan arus yang melanda itu. Beliau menerangkan kesalahan syar'i yang ada
pada kedua pihak itu dan menyatakan bahawa kita semua adalah pendokong dakwah, bukan
golongan qadhi (penghukum). Apabila realiti kehidupan muslim pada hari ini jauh terpesong dari
ajaran Islam, jauh dari perundangan dan syariatnya, maka hendaklah para pekerja di bidang
dakwah Islam melipat gandakan usaha dan kesungguhan mereka untuk menarik kembali tangan
mereka, membangunkan mereka dan menolong mereka dalam memahami Islam, bukan hanya
mengkafirkan mereka. Kerana ini akan hanya membina berbagai tabir dan dinding di antara kita
dengan mereka. Jika berlaku demikian, kita sendirilah sebenarnya yang memecah dan merosakkan
dakwah yang kita sendiri usahakan dengan tangan kita lantas dengan itu tidak secara langsung kita
menutup diri kita dan berjalan di atas jalan mati. Akhirnya kita akan berubah menjadi kumpulan
yang terasing di dalam sejarah. Beliau telah menerangkan bahawa fikrah seperti itu bukan fikrah
jamaah Al-Ikhwan yang kita berbai'ah padanya dan tiada siapa yang berhak mangaku bahawa ia
adalah fikrah jamaah kerana satu jamaah tidak mungkin menganut dua fikrah yang saling
bertentangan.
3.3 Syumul Ad-Dakwah an Sempurna Menyempurnakan
Apabila menyampaikan dakwah dan peringatan, kita wajiblah mengemukakan
kesyumulannya dengan selengkapnya, dengan seutuhnya dan dengan segala kesempurnaannya
yang sempurna dan menyempurnakan tanpa memisahkan sebahagian dari keseluruhannya atau
memansuhkan sebahagian daripadanya kerana sesungguhnya Islam itu adalah penutup segala
agama.
Satu agama yang istimewa, syumul, lengkap, sempurna menyempurnakan yang meliputi
setiap kegiatan dan lapangan kehidupan manusia duniawi dan ukhrawi di dalam keselarasan dan
keharmonian yang ajaib dan unik. Ini tidak lain dan tidak bukan kerana ia adalah ciptaan Al-Khaliq
(Pencipta) Yang Maha Mengetahui (Al-Khabir) serta Maha Pengasih dan Penyayang kepada
makhluk dan hamba-hambaNya. Islamlah yang merealisasikan kesejahteraan dan ketenteraman di
dalam jiwa manusia selagi mereka beriman kepada Allah dan mengesakanNya. Islam memberikan
kepada mereka keselamatan dan keamanan serta kehidupan yang baik di dunia dengan syarat
mereka mematuhi segala ajaran dan syariatNya, memberikan kebahagiaan dan keselamatan di
negeri Islam serta syurga di sisi Tuhan mereka.
Kehidupan manusia melambangkan satu kesatuan yang sempurna lagi menyempurnakan di
antara sebahagian dengan sebahagian yang lain dan Islam pula datang sebagai satu kesatuan yang
sempurna, yang saling sempurna menyempurnakan di antara satu bahagian dengan seluruh
bahagian yang lain. Kehidupan tidak mungkin mendatangkan kebaikan apabila Islam menguasai
sebahagian dari hidup manusia dan membiarkan sebahagian yang lain untuk dikuasai oleh ideologiideologi
ciptaan manusia atau falsafah-falsafah yang direka oleh manusia. Justeru, Islam mestilah
dikemukakan dengan selengkap dan seutuhnya tanpa dipecah-pecahkan menjadi beberapa juzuk di
sana dan di sini dan mesti dilaksanakan sepenuhnya tanpa pemecahan di mana yang dilaksanakan
hanya sebahagian dan sebahagiannya lagi di tinggalkan.
Oleh itu kita dapati Imam As-Syahid Hassan Al-Banna memberi pengertian itu dalam dasar
pertama dari "Rukun Fiqh" lalu beliau berkata:
"Islam itu satu nizam, satu sistem hidup yang lengkap, syumul dan merangkumi setiap realiti
kehidupan. Jadi Islam itu adalah daulah dan tanahair atau pemerintahan dan ummah. la adalah akhlak dan
kekuatan serta rahmah dan keadilan, ia adalah kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Ia
adalah harta benda atau usaha dan kebudayaan. Ia adalah jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah
sebagaimana ia sebagai akidah dan ibadah."
Salah satu kewajipan kita adalah mengingatkan bagaimana besarnya dosa yang dibuat
terhadap Islam oleh satu puak yang tampil ke hadapan kononnya hendak bekerja di bidang dakwah
Islam. Tetapi sayangnya mereka hanya mengemukakan hanya sebahagian dari Islam dan melupakan
sebahagian yang lain dengan sengaja ataupun tidak, sama ada kerana jahil dengan tabiat Islam atau
kerana mengelakkan tentangan dari pihak jahiliah yang berkuasa atau dengan niat jahat. Ini semua
dilakukan oleh jamaah yang menjadi boneka musuh-musuh Islam. Kita mestilah menyatakan dan
menerangkan kesalahan dan juga bahayanya cara tersebut supaya para pemuda kita yang punya
keghairahan dan semangat keagamaan tidak akan terdorong untuk mengikut jalan sepert itu. Ini
hanya akan memudaratkan mereka-mereka yang mahu membawa manfaat (dakwah).
3.4 Para Da'i dan Uslub (cara)
Untuk merealisasikan cita-cita dalam memperkenalkan dasar dan memperkembangkan
dakwah, para dai', sahibud-dakwah mestilah mempunyai sifat-sifat asasi dan mereka mesti
beriltizam dengan satu uslub yang sahih dan benar di dalam urusan dakwah mereka.
Satu dari sifat yang utama dan paling penting kepada pendokong dakwah ialah dia mesti
menjadi contoh dan teladan yang baik bagi Islam yang diserukannya. Dia mesti menunaikan segala
rukun Islam, mengikuti sunnah dan cara hidup Rasulullah s.a.w., menjauhi segala perkara yang
syubhah dan meragukan, menjauhi segala perkara yang haram, sentiasa mengingati Allah dalam
setiap perkara yang kecil atau besar. Di dalam rumahtangga, ahlinya mestilah beriltizam dengan
segala ajaran Islam dan menjaga adab-adabnya.
Sesungguhnya keikhlasan pendokong dakwah dan kebulatan hatinya kerana Allah dan bagi
dakwah Allah merupakan satu faktor yang sangat penting supaya dakwahnya berjaya menembusi
dan menawan hati orang-orang yang diseru lantas mereka dengan senang hati menyambut baik
seruan itu. Mereka akan terpesona dengan seruannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan dan
tidak dicampur-adukkan dengan tujuan lain atau disadur dengan kepentingan duniawi. Dia
bercakap untuk dakwah, berjalan kerana dakwah, hidupnya adalah untuk dakwah, kerana dakwah
dan bersama dengan dakwah.
Muslim yang mendokong dakwah, pertama-tamanya dia mestilah mempunyai pembacaan
yang luas, mengikut perkembangan setiap peristiwa dan pergolakan, mengikut segala
perkembangan suasana dan situasi serta mengetahui pelbagai ideologi dan aliran pemikiran semasa.
Kelak mereka mampu mengemukakan dakwah Islam itu dengan uslub yang baik, dengan cara yang
menarik dan menawan hati. Pandai menawan hati manusia dan tidak menyebabkan orang semakin
liar. Lantas dia dapat mengemukakan Islam dengan cara yang sebaik-baiknya di tengah ombak dan
gelombang kesesatan yang menyesatkan dari setiap penjuru dunia. Dia mesti menerangkan Islam
dengan jelas dan mudah difahami tanpa menimbulkan kekusutan. Dia membaiki suasana dan bukan
memburukkannya kerana berapa ramai orang yang mengaku sebagai pendakwah yang telah
merosakkan Islam dengan keburukan cara berdakwah dan mendatangkan keburukan cara
berdakwah dalam Islam dan mendatangkan keburukan kepada Islam dan menyangka bahawa
mereka telah melakukan kebaikan.
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahlah mereka
dengan yang baik". (AnNahl:125)
Ad-da'i ilallah, yang menyeru manusia kepada Islam mesti berusaha memahami taraf dan
kedudukan orang yang diseru ke jalan Allah dan berbicara dengan mereka menurut tahap akal dan
fikiran mereka kerana ia memudahkan mereka menyahut apa yang diserukan kepada mereka dan
mereka tidak jemu mendengar ucapan pendokong dakwah.
Ad-dai' ilallah, sahibud-dakwah, mesti mengetahui maksud dan tujuannya. Dia mesti
mengetahui apakah yang dikehendaki di dalam setiap langkah yang dilaksanakannya, apa yang
dikehendaki apabila dia bertutur dan menulis, apabila dia berehat dan berbicara dan apabila
berdamai dan bersengketa.
Apa yang penting dia mesti memulakan dakwahnya dengan menekankan masalah akidah
dan iman sebelum dia menyentuh perkara furu'(cabang) atau kewajipan-kewajipan dan bebanan
yang wajib dipikul. Akidah itu dimulai dengan beriman kepada Allah sehingga sampai kepada
menetapkan bahawa Islam itu adalah satu-satunya cara hidup, satu cara hidup yang lengkap dan
sempurna. Bahawasanya berusaha memulakan hidup secara Islam, menghidupkan semula
kehidupan Islam dan membangunkan pemerintahan Islam adalah wajib bagi tiap-tiap manusia.
Setiap muslim wajib merealisasikannya sehingga semuanya itu menjadi satu kenyataan di muka
bumi. Jelaslah akidah Islam merupakan asas pembentukan peribadi muslim dan inilah yang
mendorong penganutnya bangkit dan mendokong segala tuntutan dakwah yang khas dan am
dengan segala kekuatan dan penuh keazaman, redha dan puas hati. Ad-da'i ila Islam, pendokong
dakwah yang menyeru manusia kepada agama Allah, mestilah melaksanakan tugas berdakwah,
menyeru manusia ke jalan Allah, kepada Allah tanpa dipengaruhi oleh hasil dan natijah walaupun
dia telah memperolehi kejayaan besar di dalam dakwahnya. Dia tidak akan mudah terpedaya
apabila Allah memberi kejayaan kepadanya dan lancar lidahnya dengan dakwah lebih-lebih lagi
manusia telah datang berkerumun kepadanya kerana mengikuti dakwahnya. Sebaliknya pula dia
tidak harus berputus asa dan putus harapan apabila manusia tidak menyahut dan meminati
dakwahnya kecuali hanya sebilangan sahaja. Dia tidak akan merasa sedih apabila terdedah kepada
gangguan dan penyiksaan dari seteru-seteru Allah. Demikianlah keadaan Rasulullah, demikian juga
sikap Rasulullah s.a.w. dan para pendokong dakwah di masa yang lalu.
Adalah Rasulullah s.a.w menyeru sekelian manusia tanpa membeza-bezakan antara satu
pihak dengan pihak yang lain dalam minat dan kesungguhan baginda demi membawa hidayah
kepada mereka kerana kasihan kepada mereka dari ditimpa azab neraka. Baginda sentiasa bersabar
di atas gangguan dan penyiksaan mereka ke atas baginda malah bersabda pula: "Wahai Tuhanku
berilah hidayah kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui".
Kepada para pendokong dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, kita mengingatkan
kepada mereka betapa besarnya tugas dan amanah yang mereka dokong dan sesungguhnya mereka
dengan keislaman mereka merupakan guru untuk mengajar manusia, untuk mangarahkan manusia
dan memimpin mereka kepada agama Allah. Walaupun para pendokong dakwah yang menyeru
manusia kepada Allah, memahami Islam dengan kefahaman yang murni, lengkap dan sempurna,
beriltizam dengan fikrah ini yang tetap bertahan memikul tugas dan usaha ini merupakan bilangan
yang sedikit, tetapi di atas bahu merekalah terletaknya bebanan yang berat ini. Lantaran itu mereka
hendaklah mengetahui kedudukan mereka, memandang hina diri mereka dan hendaklah mereka
memohon pertolongan dari Allah. Hendaklah mereka bersabar walau bagaimana dahsyat sekalipun
gangguan, siksaan, tentangan dan penolakan. Di dalam masalah ini Imam As-Syahid Hassan Al-
Banna,, telah memberi arahan kepada Ikhwanul Muslimin dengan berkata: 'Jadilah kamu dengan
manusia itu sepohon pokok buah-buahan, mereka melemparnya dengan batu dan dia (pokok)
melemparkan mereka dengan buahnya".
Ya akhi: "Sesungguhnya anda hanya beramal dan berusaha untuk dua tujuan, supaya anda
berhasil dan menunaikan kewajipan, maka jika yang pertama terlepas dari diri anda maka yang lain
tidak akan luput dari anda".
Itulah sebahagian penerangan yang berkisar tentang marhalah at-taarif (peringkat
pengenalan) yang kita kehendaki menjadi penerangan di atas jalan dakwah. Para pendokong
dakwah boleh merujuk artikel-artikel Imam As-Syahid dan tulisan-tulisan beberapa penulis muslim
untuk mengambil bekalan pengetahuan dan pengalaman yang lebih luas berhubung dengan
dakwah dan para da'i (pendokong dakwah).

إرسال تعليق
Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com