GemaDakwah : SUAMI juga manusia, bisa berbuat salah. Namun, kesalahan sikap bisa
diperbaiki. Yang paling penting, ketika menikah, suami tidak boleh
melakukan kesalahan syar’i kepada istri. Ada beberapa kesalahan suami
terhadap istrinya dan ini sangat mendasar. Apa saja?
1. Tidak mengajar agama dan hukum syariat kepada Isteri.
Betapa sukarnya untuk menjadikan seorang isteri yang benar-benar
solehah. Malah, istri menjadi satu ujian besar bagi seorang lelaki untuk
mencari dan membentuk pasangan menjadi seorang isteri yang mempunyai
sifat yang terpuji dan kriteria pegangan agama yang kuat.
Berbahaya jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayani suami dan mendidik anak mengikuti Islam.
Berbahaya jika ada di antara isteri masih tidak tahu bagaimana untuk menunaikan solat dengan betul, hukum haid dan nifas, melayani suami dan mendidik anak mengikuti Islam.
2. Mencari-cari kekurangan dan kesalahan isteri.
Jika seorang suami terus mencari kekurangan dan kelemahan istrinya,
dikhuatirkan akan menimbulkan perasaan kurang senang pada isterinya. Dan
barang siapa mencari aib saudaranya sendiri, Allah juga akan mencari
aibnya. Maka, hendaklah seorang suami itu bersabar dan menahan diri dari
kekurangan yang ada pada isterinya.
3. Menghukum tidak sesuai kesalahan.
Hal ini termasuk kezaliman terhadap isteri. Di antara bentuk hukuman yang zalim itu adalah:
– Memukul di tahap awal pemberian hukuman. Padahal Allah SWT telah berfirman,“Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuz-nya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka.”( An Nisa’:34)
– Mengusir isteri dari rumah tanpa ada sebab secara syar’i. Allah SWT berfirman yang artinya: “Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumah mereka dan janganlah mereka (diizinkan) keluar kecuali mereka mengerjakan perbuatan keji yang terang .” (Ath Thalaq:1)
– Memukul wajah, mencela dan menghina. Ada seseorang yang datang bertanya kepada Rasulullah, apakah hak isteri ke atas suaminya? Baginda menjawab, “Dia (suami) memberinya makan jika dia makan, memberinya pakaian jika dia berpakaian, tidak memukul wajah, tidak memburuk-burukkan dan tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (Riwayat Ibnu Majah, disahihkan oleh Al Albani)

4. Pelit memberi nafkah.
Sesungguhnya kewajiban suami adalah memberi nafkah kepada isteri,
sepertimana yang ditetapkan di dalam al-Quran. Isteri berhak mendapat
nafkah, kerana dia telah menjadi halal untuk disenangi, dia telah
menaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengatur rumahnya, mengasuh dan
mendidik anak-anaknya.
5. Sikap keras, dan kasar.
Rasulullah SAW bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang
paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik
terhadap isteri-isterinya.” (Riwayat Tirmidzi, disahihkan al Albani).
Maka hendaknya seorang suami itu berakhlak baik terhadap isterinya,
dengan bersikap lembut, dan menjauhi sikap kasar. Di antara bentuk sikap
lembut seorang suami itu adalah, bergurau senda, menyuapkannya makan
dan memanggilnya dengan panggilan yang mesra.
6. Berpoligami mengikut nafsu
Memang tidak dinafikan, menikah untuk kali kedua, ketiga dan keempat
merupakan satu perkara yang disyariatkan. Akan tetapi ramai di kalangan
lelaki yang mengamalkan poligami tidak memenuhi kewajipan-kewajiban
terhadap isteri dengan benar. Terutamanya isteri yang pertama dan
anak-anaknya. Padahal Allah SWT telah berfirman, “Kemudian jika kamu
takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja.”
(An Nisa: 3). Suami boleh bernikah lagi tetapi sekiranya ia tidak mampu
untuk berlaku adil, dan tidak boleh memikul tanggungjawab, lebih baik
melupakan niat untuk menikah lagi demi kebahagiaan bersama. [majalah-i/islampos]
Posting Komentar
Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com