Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana
ASAS KETIGA:
Iman yang benar, ibadat yang sah dan mujahadah adalah cahaya dan
kemanisan yang dicurahkan Allah ke dalam hati sesiapa yang dikehendakinya,
manakala ilham, lintasan-lintasan hati, kassyaf dan mimpi bukanlah menjadi
dalil kepada hukum-hukum syariat. Perkara-perkara tersebut hanya dapat
diterima dengan syarat perkara-perkara tersebut tidak bertentangan dengan
hukum dan nas syariat.
Keterangan:
Iman yang benar ialah iman yang merangkumi pengertian dan ciri-ciri
keimanan, seperti bersih dari syirik, khafi, ria dan lemah. Iman yang benar
meresap ke dalam hati dan bertahta di jiwa anggota zahir untuk melakukan taat
kepada Allah dan menjadikan perkara-perkara ghaib seolah-olah hadir di depan
mata. Ia akan memenuhkan jiwa dengan perasaan tenang, tabah dan tetap
pendirian, hingga memudahkan mereka yang mempunyai iman seperti ini
berkorban apa sahaja demi jalan Allah, menambahkan pergantungan,
kepercayaan, tawakkal, takut dan penyerahan mereka kepada Allah.
Bila pengertian iman yang seperti ini memenuhi hati seorang Muslim
jiwanya akan ringan melakukan segala bentuk ibadat dan ikhlas kerana Allah
semata-mata. Ibadat dan iman yang seperti ini mempunyai pengaruh dan kesan
yang besar dalam penghidupan dunia dan akhirat. Kehidupan akan dipenuhi
dengan kebahagian, kegembiraan dan ketenangan yang meresap ke seluruh
pelusuk jiwa. Kegemilangan yang sungguh indah dan cahaya yang terang akan
memenuhi batin seorang Muslim. Apabila cahaya batin ini bertambah, sinarnya
akan melimpah pada wajah seseorang Muslim; sinar yang dapat dilihat pada
orang-orang yang beriman sekalipun kulit seorang Muslim itu hitam atau sawomatang.
Manakala di akhirat pula kemanisan iman ini akan dapat dirasakan
lebih manis dari madu.
Sebahagian dari tanda-tanda lahir bagi kemanisan iman ialah kecintaan
seorang Mukmin untuk melakukan ibadat, merasa selesa dan tenang
melakukannya, merasa rindu dan lapang dada terhadapnya. Saudara jangan
merasa pelik dan menganggap bahawa perkara ini hanyalah khayalan semata
kerana iman mempunyai kemanisan yang dapat dirasakan oleh roh sebagaimana
lidah dapat merasakan kemanisan makanan. Hadith yang mulia telah
menyebutkan:
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana
ثلاث من آن فيه وجدبهن حلاوة الايمان من آانالله ورسوله احب اليه
مما سوا هماوان يحب المرءلايحبه الاالله وأن يكره ان يعود فى الكفر
بعد أن انقذهالله منه آما يكره أن يقذ ف النارً أخرجه مسلم
“Jika terdapat tiga perkara ini pada seseorang beliau akan merasakan kemanisan iman.
Beliau mengasihi Allah dan rasulnya lebih dari sesuatu. Beliau benci kembali kepada
kekufuran, setelah Allah melepaskan beliau dirinya, sebagaimana beliau benci
dicampakkan ke dalam neraka. Beliau mengasihi seseorang bukan kerana sesuatu, tetapi
hanyalah kerana Allah”. Iman adalah kemanisan dan kemanisan ini akan bertambah
apabila iman bertambah kuat dan termetri.
Sebahagian dari kesan iman yang benar dan ibadat yang sah ialah Allah
akan mencampakkan ilham dan lintasan-lintasan ke dalam hati Mukmin, ilham
dan lintasan hati yang menyuluh jalan Mukmin; menolongnya dalam mencari
kebenaran dan menyelesaikan kemusykilan. Kassyaf juga adalah sebahagian
kesan dari iman yang benar. Kassyaf yang dimaksudkan di sini ialah: Allah
membukakan tabir yang melindungi sebahagian dari perkara-perkara yang
tersembunyi dan perkara-perkara yang tidak tersembunyi dan perkara-perkara
ghaib. Termasuk juga dalam pengertian kassyaf ialah mengetahui bisikan hati,
niat dan kelemahan setengah manusia. Kassyaf yang seperti ini dikenal dengan
firasat Mukmin, sebagaimana yang tersebut dalam hadith:
اتقوافراسة المؤ من فإنه ينظربنورالله
“Takutilah firasat Muslim, sesungguhnya beliau melihat dengan nur Allah”.
Dalam Athar (kisah atau kejadian yang berlaku di zaman para sahabat)
para sahabat diceritakan bahawa Saidina Othman bin Affan (r) telah berkata
kepada sebahagian orang ramai yang datang menemuinya: “Salah seorang di
antara kamu masuk, sedang kesan zina jelas kelihatan di antara dua matanya”.
Lantas di kalangan yang hadir bertariya: “Adakah wahyu turun selepas
Rasulullah wahai amirul-mu’minin?”. Soalan ini dijawab Othman dengan
katanya: “Tidak, malah ianya firasat Mukmin”. Kesan zina yang dilihat oleh
Othman di sini hanyalah kesan dari mereka melihat perkara yang haram, kerana
dalam hadith ada disebutkan bahawa mata itu berzina dan zina mata ialah
melihat perkara yang haram.
Ilham, lintasan hati dan firasat adalah termasuk dalam perkara-pekara
yang thabit dan berlaku. Kadangkala perkara ini disebut keramat. Keramat
adalah suatu kebenaran yang harus diterima dan wajib diimani, tetapi tidak
Usul Dua Puluh
As-Syahid Hasan Al-Bana
harus dijadikan sebagai dalil terhadap hukum-hukum, kerana dalil-dalil hukum
hanyalah terbatas pada Al-Quran dan sunnah dan ceraiannya. Walaupun
demikian ilham dan seumpamanya bolehlah di anggap sebagai petunjuk jalan
untuk mengenali seseorang, keadaan-keadaan tertentu dan perkara-perkara
yang harus dilakukan atau ditinggalkan bersangkutan dengan urusan hidup.
Sebahagian dari mimpi-mimpi adalah benar dan sebahagian yang lain
hanyalah merupakan mimpi-mimpi karut. Mimpi seorang yang benar-benar
Mukmin pada ghaibnya adalah benar dan jelas, atau memerlukan ta’bir
Posting Komentar
Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com