picture

Tribulasi-tribulasi (Mehnah) Di Atas Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya (1)

Adakah tribulasi itu natijah dari beberapa kesalahan atau sunnah dari sunnah-sunnah dakwah? Bolehkah tribulasi itu dielak atau dikurangkan tekanannya? Ataupun mengelakkannya merupakan satu penyelewengan? Adakah tribulasi itu merupakan kematian dalam umur dakwah atau sebagai kehidupan yang mempunyai kesan? Adakah tribulasi itu sebagai pukulan yang menghapuskan dakwah atau merupakan alat pelicin, pembersih dan peneguh dakwah? Apakah
kesannya yang sebenar kepada jamaah dan individu? Adakah tribulasi itu membahayakan atau
memberi faedah? Benarkah tribulasi itu satu kurnia dalam bentuk bencana?
Inilah antara persoalan yang sentiasa berlegar-legar sama ada sebahagian ataupun
seluruhnya di dalam fikiran segelintir manusia. Kadang-kadang saudara tidak dapat memberi
jawapan yang sahih kepada mereka. Ada orang yang menimbulkan persoalan-persoalan ini dengan
tujuan jahat untuk menimbulkan keraguan-raguan dan fitnah. Mungkin juga dengan tujuan baik,
tetapi dia tidak mampu memberi jawapan yang tepat lalu menimbulkan kegelisahan dan kesamaran.
Oleh kerana itu kita perlulah mengupas persoalan-persoalan ini untuk mencari jawapan
yang sahih dan memuaskan. Untuk membuktikan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Kepada
Allahlah kita mengharap taufik di atas jalan yang lurus.
10.1 Adakah Ujian dan Bencana Itu Hasil Dari Kesalahan Atau la Adalah Sunnah Dari Sunnahsunnah
Dakwah?
Sesungguhnya para Rasul dan para pendokong dakwah yang sentiasa menyeru manusia
kepada Allah terdedah kepada gangguan, pepyeksaaan dan penindasan dari musuh Allah lantaran
mereka bangun dan tangkit melaksanakan kewajipan dakwah. Sekiranya Allah hendak menghalang
danmencegah mereka dari mengganggu, menggugat, menyakiti, menindas dan membunuh para
Rasul dan para pendokong dakwah nescaya Allah boleh membuat berbuat demikian. Allah Maha
Pengasih kepada mereka, tetapi Allah tidak berbuat demikian. Mereka dibiarkan terdedah kepada
berbagai-bagai gangguan, penyeksaan, sehingga kita melihat junjungan kita nabi Muhammad s.a.w.
yang tercinta telah diganggu dan disakiti oleh kaum musyrikin di Tha'if sehingga baginda berdoa
dan bersabda: "Hai Tuhanku, kepadaMulah kuadukan kelemahanku, kekuatanku dan kurangnya
upayaku dan hinanya aku kepada manusia"'. Adakah Allah membiarkan mereka dengan tidak
melindungi mereka dari siksaan kafir dan musyrik kerana mereka telah membuat kesalahan?
Adakah masuk akal jika dikatakan bahawa segala gangguan dan penyiksaan yang menimpa para
Rasul, pendokong dakwah dan para mukmin yang bersama mereka disebabkan kesalahan di dalam
perjalanan mereka menyeru kepada Allah? Sesungguhnya kita akan menyatakan sebaliknya.
Keteguhan mereka mendokong dakwah dan istiqamah mereka di atas perintah Allahlah yang
menyebabkan mereka terdedah kepada gangguan dan ujian. Sekiranya mereka menyeleweng, cuai
atau bermuka-muka dan bertolak ansur, sudah tentu mereka tidak diganggu, diseksa, ditindas.
Firman Allah s.w.t.:
"Maka mereka menginginkan supaya kamu bersikap lunak lalu mereka bersikap lunak (pula kepadamu)". Al-
Qalam: 9
FirmanNya lagi:
"Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dar apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar
kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami, dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil
kamu jadi sahabat yang setia ". Al-Israa': 73
Sesungguhnya musuh-musuh Allah dan para pendokong kebatilan tidak akan membiarkan
dakwah Allah berjalan, membesar dan berkembang di kalangan manusia hingga ia menjadi kuat,
teguh dan mampu menghapuskan mereka yang penuh dengan kesesatan dan kebatilan. Sudah pasti
mereka akan melancarkan serangan ke atas dakwah Allah dan para pendokongnya dengan cara
mendustakan, mempersenda-sendakan, menimbulkan keraguan dan menghalang manusia
daripadanya. Sekiranya hujah-hujah dan logik mereka lemah, mereka akan bertindak kasar dan
ganas. Mereka akan mengganggu, menyeksa, menindas dan melakukan tindakan-tindakan yang siasia.
Mereka berbuat demikian semata-mata untuk memesongkan akidah para da'i dan menakutnakutkan
manusia lain dari memasuki Islam, dari dakwah Islam dan jihad Islam. Lebih dari itu
mereka akan'' melemparkan berbagai-bagai tuduhan palsu, jahat, buruk dan busuk kepada
pendokong dakwah untuk membenarkan kezaliman dan pencerobohan mereka, demi mengabui
mata manusia dan merosakkan nama baik para pendokong dakwah Islam. Tambahan pula
pendokong jahiliah itu mempunyai alat-alat media massa dan sistem komunikasi yang
memudahkan lagi proses mengabui mata manusia di mana, pada waktu yang sama, pendokong
kebenaran dan dakwah tidak diberi peluang dan kesempatan untuk menghapuskan segala tuduhan
batil dan dusta itu.
Dengan kecekapan sistem komunikasi inilah timbulnya anggapan yang salah dan sangkaan
buruk yang menimpa para pendokong dakwah bahawa bencana dan ujian yang mereka terima
adalah natijah dan hasil dari kesalahan yang terkandung di dalam tuduhan palsu itu.
Sesungguhnya berdakwah kepada Allah sepanjang masa adalah dakwah ke arah kebaikan
selamat sejahtera. Dakwah tidak memaksa manusia supaya mereka memasuki agama Allah.
Sesungguhnya dakwah Islam, itu bercakap dan berbicara kepada akal dan fitrah manusia, menyeru
mereka dengan hikmah, nasihat, tunjuk ajar yang baik dan dengan perbincangan dan perdebatan
yang lebih baik, menyeru mereka supaya beriman kepada Allah, bertauhid kepada Allah,
mengesakan Allah, dan beribadat kepada Allah tanpa paksaan. Tetapi malangnya kebanyakan
manusia terutamanya pihak berkuasa dari pendokong jahiliyah, penganut kebatilan mengingkari
fitrah mereka, menutup akal mereka, membutakan hati dan mata mereka, memekakkan telinga lalu
mereka tidak mendengar, tidak melihat dan tidak menyahut seruan Allah yang dibawa oleh
pendokong dakwah tatkala menyeru mereka kepada apa yang menghidupkan mereka:
"Sesungguhnya binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya di sisi Allah ialah orang-orang yang
pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apapun ". Al-Anfaal: 22
Merekalah sebenarnya yang memulakan permusuhan dan pencerobohan ke atas para duat
ila Allah. Merekalah yang telah mengadakan pakatan sulit untuk menentang dan memusuhi para
du'at dan merekalah juga yang sentiasa membuat berbagai-bagai tipu daya untuk memperdaya
manusia.
10.2 Bahkan Demikianlah Sunnah Allah Di dalam Dakwah
Sudah menjadi sunnatullah di dalam proses dakwah yang mendedahkan orang-orang
mukmin dan pendakwah yang berdakwah kerana Allah kepada pancaroba dan pelbagai ujian yang
begitu hebat sehingga boleh menggoyahkan mereka. Sesungguhnya iman itu bukanlah sekadar katakata
yang diucapkan dengan mudah, syiar-syiar yang dilaung-laung dan bukan perarakan yang
diringi pekikan-pekikan yang bergemuruh. Sebaliknya, iman mestilah diuji dan diduga. Pertolongan
Allah tidak akan datang kepada mereka melainkan setelah mereka dapat mangatasi ujian dan
dugaan itu. Inilah mesej yang terkandung jalam ayat-ayat al-Quran yang berulang kali menyebut
tentang sunnah ini.
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: Kami beriman, sedang
mereka belum diuji? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang ymg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang
dusta ". Ankabut: 2-3
"Apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan)
sebagaimana orang-orang yang dahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orahg.orang yang beriman
bersamanya. "Bilakah datangnya pertolongan Allah ?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat
dekat". Al-Baqarah: 214
"Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang
berjihad dan bersabar di antara kamu, dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.”
Muhammad: 31
"Dan sesungguhnya telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu akan tetapi mereka sabar
terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka hingga datang pertolongan Kami
kepada mereka. Tak ada seorang pun yang dapat merubah kalimah-kalimah (janji-janji) Allah. Dan
sesungguhnya telah datang kepada mu sebahagian dari berita
rasul-rasul itu". Al-An'aam: 34
"Allah sekali-kali tidak tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu
sekarang ini, sehingga dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali
tidak akan memperlihatkan kepadamu hal-hal yang ghaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang
dikehendakiNya di antara rasul-rasulNya, kerana itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasulNya; dan jika
kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar".Alilmran: 179
"Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa mereka)". Alilmran: 141
"Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan bagi yang batil. Adapun buih itu
akan hilang sebagai sesuatu yang tidak ada harganya, adapun yang memberi menafaat kepada manusia, maka
ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan ". ArRa'ad: 17
"Dan dj antara manusia ada yang berkata: "Kami beriman kepada Allah" maka apabila ia disakiti
kerana ia beriman kepada Allah, ia menganggap fitnah manusia itu sebagai azab Allah. Dan sesungguhnya jika
datang pertolongan dari Tuhanmu, mereka pasti akan berkata: "Sesungguhnya kami adalah bersertamu ".
Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada di dalam dada manusia ?. Dan sesungguhnya Allah benarbenar
mengetahui orang yang beriman dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang munafik". Al-
Ankabut : 10-11
Jelas di sini kita dapat melihat bahawa ujian yang menimpa para pendokong dakwah,
merupakan sunnah Allah yang sentiasa bersilih ganti di dalam urusan dakwah. Bukanlah di atas
sebab-sebab kesalahan. Ayat-ayat tadi menegaskan bahawa ujian-ujian itu mempunyai hikmah
untuk membezakan orang-orang yang benar dan orang-orang yang dusta dan berbohong. Di antara
orang-orang yang munafik, untuk dikenal siapa yang sabar dan berjihad. Supaya dikenal siapa yang
menentang dan taghut yang sombong. Supaya nyata kepada kita keadilan Allah tatkala diberi
pembalasan yang setimpal kepada tiap-tiap golongan.
Lebih dari itu hikmah dari ujian itu adalah untuk membersihkan dan mensucikan_orangorang
yang beriman, supaya mereka bertambah imannya, dari iman yang telah sedia ada supaya
mereka bertambah kuat memegang dakwah meraka sehingga mereka layak menerima pertolongan
dari Allah. Supaya mereka memelihara dan mendokong amanah itu dengan sebaik-baiknya:
"(Iaitu) orang-orang yang jika kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka
mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makrufdan mencegah dari perbuatan yang
mungkar, dan kepada Allahlah kembali segala urusan:" Al-Hajj: 41
"Sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah; di pusakakanNya kepada siapa yang dikehendakiNya dari
hamba-hambaNya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa ". Al-A'raaf : 128
Dengan yang demikian itu kita berkata dengan hati yang tenang bahawa segala ujian dan
tribulasi yang menimpa para pendokong dakwah itu adalah sunnah Allah, bukan akibat kesalahan.
Lebih dari itu, kita berkata bahawa para pendokong dakwah yang tidak terdedah kepada ujian dan
bencana, perlu merujuk kembali, memeriksa sikap dan keadaan mereka kerana kemungkinan besar
mereka telah tersalah jalan dan melalui jalan yang tidak pernah dilalui oleh para pendokong
dakwah. Imam kita as-Syahid Hassan al-Banna rahimahullah pernah menyatakan tentang apa yang
mungkin menimpa jamaah Ikhwan dari berbagai ujian dan bencana. Kenyataan itu dinyatakan
sepuluh tahun sebelum terjadinya ujian dan bencana terhadap al Ikhwan. Kenyataan ini bukanlahmerupakan
satu khayalan atau imaginasi, tetapi ia berdasarkan sejarah dan kefahaman beliau
terhadap dakwah bahawa sesungguhnya ujian itu merupakan sunnah Allah pada dakwah yang
benar. Beliau berkata:
"Di kala ini kamu telah memulakan perjalanan di jalan para pendokong dakwah dan ujianujian
ini boleh jadi panjang, adakah kamu sanggup bertahan?
Dalam pada itu kita tidak menafikan adanya kesalahan yang telah kita lakukan kerana kita
adalah manusia. Kita pun bukanlah maksum yang terpelihara dari segala kesalahan. Pada
hakikatnya, barangsiapa yang bekerja, tentu terdedah kepada kesalahan dan orang yang tidak
bekerja tidak akan terdedah kepada kesalahan. Tetapi kesalahan yang mungkin kita lakukan itu
hanyalah merupakan kesalahan juz'iah atau kesalahan perseorangan yang terjadi sebagai natijah
ijtihad dari pemikiran manusia yang terbatas dalam batas niat yang baik yang kita berharap
mendapat pahala daripadanya. Di samping itu kita mestilah mengambil faedah dan pengajaran
daripadanya".

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

Lebih baru Lebih lama