picture

Tribulasi-tribulasi di Atas Jalan Dakwah dan Beberapa Persoalan Tentangnya (3)

Sekali pandang, ramai orang menyangka bahawa ujian yang mengandungi pelbagai bentuk penyeksaan, penindasan, penekanan dan bencana membahayakan dakwah dan merintanginya bahkan boleh jadi membunuhnya. Sangkaan yang demikian itu semakin kuat apabila ujian itu
berterusan dalam tempoh yang sangat lama dan tidak nampak tanda-tanda berkurangan atau
hapusnya sama sekali dengan tidak memperolehi faedah yang nyata dibidang dakwah lalu mereka
bertanya:
"Ke manakah perginya bilangan ramai yang. telah melalui jalan dakwah? Mana dia
lambang-lambang dan sepanduk yarig telah lahir dan muncul di setiap tempat? Mana dia pejabatpejabat,
rumah-rumah dan institusi yang dahulunya telah memainkan peranan di dalam masyarakat
seperti sekolah-sekolah, hospital-hospital, persatuan-persatuan, latihan jasmani dan kumpulankumpulan
rekreasi dan pelancongan dan pelbagai bentuk kegiatan?"
Pada lahirnya menunjukkan bahawa dengan terhapusnya perkara tersebut, ia adalah
kerugian besar dan menjadi bahaya besar yang menimpa para pendokong dakwah dan dakwah
mereka. Ini benar menurut ukuran kebendaan, tetapi pada hakikatnya adalah sebaliknya di alam
dakwah, akidah dan di dalam ukuran Rabbani, ukuran ketuhanan.
Mari saya terangkan lebih lanjut sampai manakah bahaya yang menimpa dakwah dan para
pendokongnya dalam ujian ini. Saya akan menerangkan segala kebaikan dan faedah yang
terkandung di dalamnya, di antaranya:-
1. Beberapa banyak pendokong dakwah yang telah syahid di tangan musuh-musuh dakwah,
sama ada syahid semasa disiksa atau di tiang gantung. Mereka adalah orang-orang terpilih dan
pemimpin, pemimpin dakwah yang tinggi kedudukan dan nilainya di bidang dakwah. Pada
zahirnya ini merupakan kerugian besar bagi dakwah lantaran hilangnya mereka dari bidang
dakwah dan hampanya bidang dakwah dari usaha dan jihad mereka.
Tetapi, pada hakikatnya, syahidnya seseorang itu di jalan dakwah dan di dalam tujuannya
menunjukkan tingginya dakwah ini dan mulianya tujuan dakwah. la melambangkan pengorbanan
di dalam jalan dakwah. Sesungguhnya syahidnya seseorang memberi kesan dan pengaruhnya yang
besar di dalam jiwa malah lebih bermakna dari nasihat seratus penasihat. Sesungguhnya ini
merupakan bekalan dan obor yang akan menyalakan iman dan semangat generasi kini dan akan
datang.
Demikianlah sekarang ini apabila kita membaca kisah syahidnya Yasir, Sumayyah r.a. kita
merasakan dorongan iman dan bekalan yang perlukita gunakan di jalan dakwah walaupun mereka
telah syahid empat belas abad yang lalu di zaman Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya keuntungan yang
diperolehi oleh jamaah Islam di bidang dakwah dengan syahidnya mereka adalah keuntungan yang
sangat besar. Syahidnya mereka telah melahirkan jiwa-jiwa yang kuat yang membawa kebangkitan
Islam di zaman ini yang menjelma di dalam angkatan baharu di kalangan putera-puteri Islam di
seluruh dunia terutamanya di seluruh dunia Islam. Mereka memperolehi ilmu, pengalaman dan
contoh teladan yang baik yang ditinggalkan oleh para syuhada itu.
Para syuhada itu pula telah berjaya mencapai darjah syahid dan keredhaan Allah. Di atas
dasar inilah maka syahidnya para syuhada itu adalah kebaikan umum bagi dakwah dan kebaikan
khusus bagi syuhada. la bukanlah bahaya sebagaimana kelihatan pada zahirnya.
2. Di antara bentuk ujian yang pada zahirnya kelihatan merbahaya ialah berpalingnya ramai
manusia dari kerja dakwah. Mereka yang sebelumnya melibatkan diri dengan dakwah dan berjalan
di atas jalannya, kemudiannya mereka terus berpaling tadah. Pada zahirnya barisan dakwah telah
berkurangan, dakwah kehilangan ramai pendokongnya, lantaran itu usaha-usaha dakwah juga
berkurangan.
Namun, pada hakikatnya barisan dakwah semakin kuat dan semakin berpadu dan telah
bersih dari titik-titik kelemahan. Lebih dari itu Allah menggantikan yang hilang dengan ramai lagi
orang lain yang lebih mulia dari mereka dan itulah sunnah Allah.
"Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang
ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin)". AliImran:179
Dan di dalam ayat yang lain:
"Dan jika kamu berpaling, nescaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka
tidak seperti kamu (ini)".Muhammad: 38
Demikianlah sekarang kita melihat bagaimana putera-puteri kita, generasi muda Islam yang
berjiwa Islam dan iman yang benar terus berjalan di atas jalan dakwah dengan segala kefahaman
dan keazaman, giat berusaha dan bekerja untuk Islam setelah mereka mengetahui dan mendengar
apa yang terjadi kepada generasi Islam yang telah mendahului mereka.
3. Di antara bentuk ujian yang dianggap bahaya pada zahirnya ialah penindasan ke atas
dakwah dan menyekatnya dari berkembang, perjalanannya dihalang dengan cara melarang para
pendokong dakwah untuk berdakwah, merampas kitab-kitab, majalah-majalah dan surat-surat
khabar mereka. Walaupun penghasilan secara langsung di dalam dakwah berkurangan kerana ujian
itu, tetapi pada hakikatnya dakwah beroleh keuntungan langsung daripadanya dengan pengertian
bahawa orang-orang yang mendapat ujian itu bertambah pengalaman dan semakin berpegang teguh
denga dakwah mereka.
Lebih dari itu, mereka lebih berusaha untuk membulatkan diri dan tujuan kepada dakwah,
bertahan di dalam dakwah dan berkorban di jalan. Kepercayaan kepada saudara-saudara mereka
bertambah kuat, ikatan persaudaraan dan perpaduan mereka bertambah erat. Semuanya it
membawa faedah yang banyak kepada dakwah malah lebih besar daripada sebelum mereka
menerima ujian itu.
Lebih dari itu, kita dapati para pendokong dakwah yang terpaksa bertebaran di bumi Allah
kerana kuatnya penindasan, tekanan dan gangguan di negeri mereka. Tetapi dengan demikian,
mereka dapat menyampaikan dakwah mereka di mana saja mereka berada. Itulah yang telah terjadi
di zaman Rasulullah, di zaman permulaan dakwah Islam di mana Islam dan dakwahnya
berkembang dan bertapak di Madinah melalui para sahabat Muhajirin yang diusir dari Mekah.
Itulah juga yang terjadi di zaman ini di zaman kita melihat perkembangan Islam dan dakwahnya di
seluruh dunia terutamanya di Eropah, Amerika dan Australia melalui para pendokong dakwah
yang telah ditindas di tanah air mereka.
"Mereka ingin hendak memadamkan cahaya (ugama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah
tetap akan menyepurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir benci". As-Shaff:8
4. Di antara bentuk bahaya yang menimpa dakwah dan para duat dalam ujian itu, yang pada
zahirnya membahayakan dakwah dan para pendokongnya ialah terdapat ramai dari mereka yang
ditangkap, dipenjarakan dan mengalami penyeksaan dan penderitaan yang mengerikan bertahuntahun
lamanya. la merupakan bahaya pada zahirnya, tetapi pada hakikatnya menjadi kebaikan.
Sekiranya para syuhada menjadi lambang pengorbanan dan tebusan, maka kesabaran ojangorang
yang merengkuk di dalam penjara dengan segala penyiksaan dan penderitaan yang menimpa
mereka di sana bertahun-tahun, sepuluh tahun, dua puluh tahun, dan ada yang sampai lebih dua
puluh tahun pula adalah merupakan lambang-lambang ketahanan bersama kebenaran tanpa
meninggalkan usaha dan kegiatan dakwah mereka. Ini merupakan bekalan dan obor yang
menyalakan iman di kalangan generasi baru zaman ini dan di masa yang akan datang. Insya Allah.
Jelaslah bahawa saudara-saudara kita yang Muslim yang telah mengalami gangguan fizikal,
gangguan kebendaan dan moral yang berterusan selama dua puluh tahun tanpa berganjak dari
pendirian mereka padahal mereka ini mampu mengelakkan bencana dan ujian itu sekiranya mereka
menyetujui sikap taghut yang berkuasa dan zalim itu dan meninggalkan dakwah mereka. Tidak
syak lagi bahawa sikap mereka itu adalah sifat yang mulia kerana mereka bertahun bersama
kebenaran. Sifat mulia, ketegasan dan ketangkasan mereka disanjung tinggi dan dibanggakan oleh
orang-orang mukmin sepanjang masa.
Itulah kurnia Allah yang telah dikurniakan kepada orang-orang yang dikehendaki.
Maka sekiranya hari itu silih berganti.
Membawa nikmat dan derita tidak terperi.
Peristiwa-peristiwa sedemikian tidak mungkin melemahkan pendirian kami.
Perbuatan yang tidak menyenangkan itu tidak mungkin menghina kami.
Cubalah kita bayangkan bagaimana jika semuanya telah meninggalkan tugas dakwah dan
membuang benderanya kerana mengutamakan keselamatan diri dari menghadapi panas teriknya
ujian-ujian. Sudah tentu ini menimbulkan reaksi dan akibat yang sangat buruk kepada dakwah dan
menghalang pada dakwah Islam di kalangan para pemuda dan gegerasi yang sedang dan akan
muncul.
Demikianlah kita lihat pada zahirnya ia merupakan bahaya tetapi pada hakikatnya menjadi
kebaikan umum bagi dakwah dan kebaikan khusus bagi orang-orang yang terdedah kepada
penyeksaan. Allah telah memberi kesabaran dan ketahanan kepada mereka di atas kebenaran. Insya
Allah mereka akan mendapat kurnia dan pahala dari Allah kerana kesabaran dan ketahanan mereka.
5. Dari bentuk-bentuk yang pada zahirnya merupakan bahaya yang menimpa dakwah dan
para pendokongnya ialah berupa tuduhan-tuduhan palsu yang dilemparkan kepada para da'i dan
dakwah mereka untuk membusukkan nama baik mereka, untuk menghina mereka, untuk mengabui
mata orang lain supaya mereka lari dari dakwah Allah, supaya mereka liar dari seruan Allah. Ini
bukanlah perkara baru atau asing di atas dakwah yang benar. Dari dahulu lagi, angkatan taghut,
angkatan jahiliah telah melemparkan berbagai-bagai tuduhan palsu kepada Rasulullah s.a.w.
Mereka telah menuduh Rasulullah s.a.w. sebagai seorang tukang sihir, orang gila, pembohong,
pemecah belah masyarakat, memisahkan antara bapa dengan anak dan keluarga dan
memperbodohkan tuhan-tuhan mereka dan berbagai-bagai tuduhan palsu yang jahat yang
ditujukan kepada Rasulullah s.a.w dan kepada Islam.
Tetapi akhirnya segala kepalsuan itu tidak dapat bertahan lama apabila berhadapan dengan
kebenaran. Tembelang mereka terdedah dan rancangan hancur berkecai. Nyatalah kebenaran
Rasulullah s.a.w., nyatalah kejayaan agamaNya dan apa yang dibawa itulah yang benar dan itulah
yang menang.
Sejarah telah berulang kembali, di mana angkatan jahiliah dan taghut zaman ini
melemparkan tuduhan palsu kepada para pendokong dakwah dengan berbagai tuduhan palsu dan
jahat, mengganggu ketenteraman umum, ikhwanushayatin (kawan-kawan syaitan) boneka penjajah,
mereka hendak menghancurkan segala pembangunan serta membunuh orang-orang yang tidak
berdosa untuk merebut kuasa.
Mereka mabuk kuasa, bertopengkan agama dan berbagai-bagai tuduhan liar dan palsu dan
propaganda yang palsu dan liar untuk memburuk-burukkan dan membusukkan dakwah dan para
pendokongnya supaya para pemuda, generasi muda dan para pekerja untuk Islam lari dan
menjauhkan diri dari dakwah dan pendukungnya.
6. Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui telah melahirkan hakikat yang sebenarnya,
lalu terbukalah tembelang mereka yang zalim dan taghut itu. Kezalimanmereka telah diketahui
umum, dikenali oleh dunia, segala tindakan kejam mereka, segala tuduhan palsu mereka, segala
propaganda liar mereka telah dicatitkan di dalam sejarah. Lebih dari itu generasi baru Islam di
seluruh dunia Islam telah bangkit dan bangun mendokong dakwah Islam dengan sepenuh jiwa,
dengan iman yang benar dan dengan hati yang ikhlas.
Di antaranya lagi ialah rumah Ikhwan, yayasan mereka, sekolah-sekolah mereka, hospitalhospital
mereka, syarikat ekonomi mereka telah dirampas oleh taghut dan berbagai-bagai lagi
kegiatan Ikhwanul muslimin telah dibekukan dan tidak dapat lagi melaksanakan tugas risalahnya
yang penting itu. Dari sudut kebendaan, ini merupakan kerugian yang besar, akan tetapi kerugian
kebendaan itu adalah kerugian yang kecil kerana terlebih dahulu daripada itu angkatan Muslimin
yang pertama dan utama itu di zaman permulaan dakwah di zaman Rasulullah s.a.w telah
meninggalkan tanahair mereka, meninggalkan rumah-rumah mereka dan harta benda mereka
kerana mengutamakan dakwah mereka dan segala kepentingan kebendaan mereka tatkala mereka
berhijrah dari Mekah ke Madinah. Tetapi Allah telah menggantikan segala kerugian mereka dengan
kemenangan yang gemilang hinggalah mereka berjaya menubuhkan daulah Islam di Madinah. Di
Mekah, di seluruh Semenanjung Tanah Arab dan mengalahkan raksaksa Barat (Romawi) dan
raksaksa Timur Parsi (Iran) yang merupakan penguasa dunia bertamadun pada zaman itu.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Menanglah Suhaib, menanglah Suhaib".
Kita juga tidak lupa tentang pendirian Ansar terhadap saudara-saudara mereka para
Muhajirin, bagaiman mulianya sikap mereka mengutamakan saudara-saudara mereka lebih dari diri
mereka sendiri, kemurahan dan kemuliaan mereka dilukiskan di dalam al-Quranul Karim yang
menjadi teladan yang baik sepanjang masa. Ini memberi pengajaran kepada kita bahawa segala
kebendaan yang menimpa para pendokong dakwah, supaya mereka tidak dilekakan oleh benda,
tidak dimabuki oleh harta dan tidak dikuasai oleh dunia. Di samping itu ia menyuburkan pengertian
tolong menolong, tanggungjawab dan ingat mengingati di kalangan para du'at di dalam bidang
dakwah.
Dengan terhentinya perkhidmatan ikhwan yang berdasarkan Islam dan menurut cara Islam
yang selama ini giatkan oleh yayasan-yayasan ikhwan yang tadinya membawa kebaikan yang
banyak kepada masyarakat, masyarakat telah hampa dari faedah-faedah perkhidmatan menurut
cara Islam dan adab-adab Islam. Walaupun begitu para pendokong dakwah akan berusaha terus
membangunkan semula yayasan-yayasan dan perkhidmatan itu apabila peluang terbuka untuk
berbuat demikian.
Demikianlah kita melihat bahawa ujian dan bencana yang menimpa-, dakwah dan para
penganutnya sebagai sunnah Allah, undang-undang Allah yang telah berlaku selagi ada dakwah
dan para pendukungnya. Ujian-ujian itu pada zahirnya berupa bencana, tetapi di sebaliknya,
terkandung kebaikan. Jadi nikmat dan kurnia dalam rupa bencana. Tidak ada yang dikehendaki
Allah kepada dakwahNya dan para pendokongnya kecuali kebaikan sahaja. Jadi bencana-bencana
itu bukanlah merupakan saat-saat kematian atau pukulan maut, tetapi merupakan masa-masa yang
menghidupkan kekuatan, yang mendorong untuk berjalan di atas jalan dakwah dengan penuh
kekuatan dan ketahanan.

KATA MEREKA

Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com

Lebih baru Lebih lama