Kita berusaha sungguh-sungguh di dalam lembaran kita ini untuk mengenali jalan dakwah dan ciricirinya
yang istimewa dan tersendiri. Ini adalah untuk penyatuan kefahaman supaya kita tidak
dicerai-beraikan oleh berbagai jalan. Juga supaya kita mendapat faedah dari pengalamanpengalaman
yang telah dilalui oleh jamaah Islam yang terdahulu dan kemudiannya dihidangkan
pula dengan sempurna kepada generasi baru yang muda supaya mereka mengetahui jalan dakwah
dan terus memikul tugas dan amanah itu supaya pendokong dakwah Islam bercantum semula lalu
mereka bersatu padu, berganding bahu dan berjalan ke satu arah dan satu tujuan. Segala kekuatan
dan usaha diselaraskan dan diatur rapi sehingga terbukti pertolongan Allah dan bendera Al-Quran
sentiasa berkibar-kibar di angkasa seluruh alam. Dan pada hari itulah golongan mukmin bergembira
dengan pertolongan Allah.
"Dan pada hari (kemenangan bangsa Romawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman kerana
pertolongan Allah (s.w.t)." (Ar-Rum: 4 – 5)
2.1 Tuntutan Marhalah Ini
Kita telah menyatakan terlebih dahulu bahawa dakwah Islam, seruan Islam pada peringkat
sedunia (marhalah antarabangsa) melalui marhalah yang sangat penting, halus dan genting di dalam
umurnya. la adalah satu kebangkitan setelah tersungkur, satu kesedaran setelah terlena, malah
mengalami satu marhalah pembentukan dan memacakkan dasar dan asas binaan yang teguh untuk
daulah Islam yang global (khilafah Islam yang merangkumi seluruh dunia) yang membawa hidayah
kepada manusia yang sesat dan membangunkan satu kebudayaan yang paling besar pernah berlaku
dalam sejarah setelah bankrapnya semua sistem dan cara hidup manusia.
Kita telah mengakui bahawa terdapat persamaan yang besar antara marhalah kita ini
dengan marhalah pertama dakwah Islam di Mekah. Iaitu tentang asingnya dakwah Islam ditengahtengah
jahiliah yang menguasai setiap penjuru dunia, tekanan golongan kufur dengan seluruh
kekuatannya ke atas mereka dan sedikitnya bilangan mukmin yang terdedah kepada penindasan
yang sangat ganas dari pihak jahiliah yang berkuasa ketika itu.
Kita suka menerangkan di sini bahawa kewajipan muslimin semasa berada dalam marhalah
ini tidak sama dengan kewajipan mereka semasa berada di bawah daulah Islam yang telah tertegak
dan kuat. Tidak syak lagi bahawa marhalah pembentukan dan pembinaan dasar-dasar dan asas
adalah sukar dan sulit. la memerlukan iman yang mendalam, kesabaran dan menyabarkan
pembentukan yang rapi, halus serta teliti dan amal usaha yang berterusan tanpa kenal payah dan
lelah. Betapa tidak! Kerana orang-orang mukmin yang bekerja dan berusaha ke arah itu sangat
sedikit bilangannya dan lemah kekuatannya pada hal mereka menghadapi ancaman kebatilan yang
maha kuat dan berkuasa malahan mereka tidak bersenjata kecuali senjata iman. Di dalam pengertian
ini Imam As-Syahid Hassan Al-Banna telah berkata melalui perumpamaan yang indah dan halus:
"Sesungguhnya pembentukan ummah, pendidikan bangsa-bangsa, merealisasikan cita-cita dan
mendokong pendirian (pegangan hidup) memerlukan ummah yang berusaha ke arah itu atau dari golongan
yang menyeru kepadanya. Ini sekurang-kurangnya memerlukan kekuatan jiwa yang terhimpun di dalamnya
beberapa perkara: Iaitu kemahuan yang tidak mengenal lemah, kesetiaan yang tetap yang tidak disaduri oleh
kepura-puraan dan khianat, pengorbanan yang banyak yang tidak dihalang oleh tamak dan haloba serta
kebakhilan, dan makrifah (mengenalpasti) dasar pegangan hidup, beriman kepadanya dan menghargainya
sungguh-sungguh. Semuanya itulah yang memelihara (kita) dari kesalahan dan penyelewengan daripadanya
(pembentukan) dan tawar-menawar (apologetik) di atas perkara dasar dan tidak terdaya dengan yang lainnya".
Dengan kehendak dan izin Allah, kita kini hidup di masa-masa yang penting dan genting di
dalam usia dakwah Islam ini dengan segala tuntutan dan cabarannya. Allah telah memudahkan kita
untuk mengetahui cara-cara dan kaedah-kaedah yang sahih dan benar untuk beramal dan berusaha
di dalam dakwah Islam. Kita berharap dan memohon kepada Allah supaya Dia memberi taufik dan
hidayahNya kepada kita untuk mendokong amanah agung dan mulia ini, setelah ditinggalkan oleh
kebanyakan manusia. Kita benar-benar berharap semoga kita layak menjadi ahli dan layak
menerima pilihan itu dari Allah Taala hingga kita mampu mendokong dakwah Islam ini dengan
penuh keazaman, ketangkasan dan ketegasan sekalipun tugas ini sangat besar dan berat. Lantaran
itu kita menyeru kepada tiap-tiap orang yang tampil ke hadapan untuk mencapai kemuliaan amal
dakwah ini dan melalui jalan dakwah supaya dia menguatkan jiwa dan menyediakannya untuk
memikul segala apa yang diperlukan oleh marhalah ini, mendokong berbagai bebanan dengan
penuh keazaman, ketahanan, ketetapan, penuh percaya dan harap kepada Allah Taala dan yakin
sepenuhnya akan kemuliaan dan ketinggian dakwah ini dengan keagungan tujuannya. Dia yakin
sungguh-sungguh bahawa dunia ini sangat-sangat memerlukan dakwah Islam yang sejati. Lebih
dari itu dia yakin kepada pertolongan Allah. Inilah dia faktor-faktor kejayaan yang tidak dapat
dihalang oleh apa jua rintangan.
2.2 Marhalah-marhalah Dakwah
Setiap dakwah mestilah melalui tiga marhalah:
1. Marhalah ad-Di'ayah (at-Ta'rif): Marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan
fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat.
2. Marhalah at-Takwin: Marhalah pembentukan, memilih para pendokong, menyiapkan
angkatan tentera, pendakwah dan jihad erta mendidik mereka. Mereka dipilih dari
golongan yang telah menyambut seruan dakwah.
3. Marhalah Tanfiz: Marhalah pelaksanaan, beramal, berusaha untuk mencapai tujuan.
Selalunya ketiga-tiga marhalah ini berjalan berseiring dan diselaraskan memandangkan bahawa
kesatuan dan kekuatan dakwah adalah bergantung kepada percantuman di antara satu dengan
seluruhnya. Oleh itu para pendokong dakwah di dalam berdakwah, mestilah memilih dan
membentuk dan di waktu yang sama dia beramal dan melaksanakan apa yang boleh dilaksanakan.
Tidak mungkin lahir ke alam nyata satu marhalah dari marhalah-marhalah itu dalam bentuk
yang sempurna kecuali menurut tertib susunan itu. Tidak mungkin sempurna pembentukan ini
tanpa pengenalan makrifah dan pengenalan yang sahih dan benar. Tidak mungkin lengkap satu
pelaksanaan yang sempurna tanpa pembentukan dasar pendidikan yang sempurna.
Dakwah Islam yang pertama di zaman Rasulullah s.a.w. telah melalui tiga peringkat ini.
Muslimin di zaman itu telah mengenali agama mereka, terdidik dan terbentuk di madrasah
Rasulullah lalu mereka bangun dan membangkit mendokong dakwah Islam dengan sebaik-baiknya.
Oleh kerana itu, kita diperingatkan supaya sentiasa berwaspada dari sudut jalan manakah seseorang
itu menyeru dalam usaha-usaha dan kerja-kerja Islamnya. Adakah dia memberi perhatian dan
memberikan hak kepada ketiga-tiga marhalah itu. Sesungguhnya sesiapa yang tampil ke hadapan
untuk melaksanakan tugas untuk dakwah dan merealisasikan cita-cita dakwah, dia mestilah
mengetahui dengan sungguh-sungguh dakwah Islam. Mereka mengenali dan memahami dasar
dengan pengenalan dan kefahaman yang sebenar-benarnya. Di samping itu dia mesti menjadi
contoh yang benar dan baik dalam setiap lapangan hidup. Oleh kerana itu di sini kita akan cuba
membentangkan bagaimanakah bentuk marhalah atau peringkat-peringkat itu dengan penerangan
yang lebih luas sedikit daripada yang lalu supaya anda lebih jelas tentang perkara ini.
2.3 At-Ta’rif (Pengenalan) atau Membicarakan Dakwah:
Marhalah ini penting dan asas sebab ia merupakan langkah pertama di dalam perjalanan
kita di atas jalan dakwah. Sebarang kesilapan atau penyelewengan yang dilakukan di dalam
pengenalan, makrifah dan kefahaman ini akan membawa kepada natijah dan akibat yang buruk dan
akan membawa dakwah terpesong jauh dari garisannya.
"Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka itulah dia dan janganlah
kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana segalajalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya.
Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa". (Al-An'aam: 153)
Di zaman Rasulullah s.a.w. Islam telah disempurnakan perkembangannya dan
penyampaian menurut bentuknya yang sahih dan benar, bersih dari segala campuran, kekurangan
dan penyelewengan. Al-Amin Jibril membawa turun wahyu dari Allah kepada Al-Amin
Muhammad s.a.w. lalu baginda menyampaikan Islam itu kepada manusia dengan amanah dan
benar. Akhirnya sempurnalah agama itu menurut yang diyakini benar dan suci dari segala saduran.
Walaupun sepanjang sejarahnya ia sentiasa terdedah kepada pelbagai usaha, tipu daya dan
gangguan yang cuba meruntuhkannya, menghapuskannya oleh musuh-musuh Islam atau berupa
penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh pelampau-pelampau dari kalangan muslim
sendiri, namun demikian Allah tetap memelihara KitabNya (Al-Quran) dan menjaminnya dengan
begitu rapi. Di samping itu ramai imam dan ulama yang mulia mengumpulkan hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. yang mulia dan menapisnya dari segala yang asing daripadanya.
Demi memastikan kita sentiasa berjalan di atas jalan Rasulullah s.a.w. maka wajiblah kita
kembali semula memahami Al-Quran, memahami Sunnah Rasulullah s.a.w dan memahami sirah
salafussoleh atau angkatan muslimin pertama radhiallahu'anhum dengan menjauhi sungguhsungguh
dari segala kesalahan, penyelewengan atau pun dari terpesong.
Inilah yang benar-benar dikehendaki oleh imam kita As-Syahid Hassan Al-Banna dan
menjadikannya rukun pertama dalam rukun bai' ah. Malah beliau telah menulis untuknya dua
puluh dasar sebagai garis panduan yang melingkungi fikrah ini untuk membersihkannya dari segala
campuran dan saduran dan menjauhkannya dari segala perselisihan dan perpecahan. Supaya
fahaman ini menjadi penolong bagi mengumpulkan muslim di atas jalan dakwah, berusaha
untuknya dan beramal baginya di dalam suasana tolong-menolong dan berganding bahu.
Iradah Allah telah menghendaki agar kefahaman (fikrah) di dalam jamaah Ikhwanul
Muslimin ini terdedah kepada gangguan, ujian dan penapisan. Di tengah-tengah ujian ini terdapat
pula kecuaian dan keterlaluan (ekstrim). Ada di antaranya yang berpendapat supaya Ikhwan
menjauhkan diri dari arus pemerintahan dan politik demi memelihara diri dan dakwah dari
sebarang akibat yang tidak diingini. Ada pula di antaranya yang melampau dan keterlaluan lalu
menganggap semua umat Islam yang tidak menyetujui fikrah mereka adalah kafir. Walau betapa
kusut dan bercelarunya kefahaman sebahagian dari manusia namun demikian, Allah s.w.t. telah
menyediakan Imam As-Syahid Al-Banna untuk dakwah Islam dan mengemukakannya kepada
manusia dengan jelas dan terang serta murni. Allah menyediakan untuk dakwah ini Imam Hassan
Al-Hudhaibi rahimahullah dengan keistimewaannya yang tersendiri, dengan ketahanannya, dengan
keteguhannya bersama kebenaran, lalu beliau menolak kecuaian dan keterlaluan itu. Untuk itu
beliau telah menerima berbagai-bagai gangguan dan kesusahan yang dasyhat. Tetapi, beliau
bersungguh-sungguh memelihara amanah dakwah di dalam kefahaman sifat dan akhlak hinggalah
dia mengadap Ilahi dan kemudian beliau menyerahkannya kepada pendokong dakwah yang lain
tanpa perubahan dan penukaran, berdiri dan bertahan bersama-sama dengan Ikhwan.
"Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan
kepada Allah, maka di antara mereka ada yang gugur. Di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu
dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)." (Al-Ahzab: 23)

Posting Komentar
Kontak Gema Dakwah : tarqiyahonline@gmail.com